30 October 2011

susah dan senang bersama

 Selamat Petang Dunia!!

Apa perasaan kita bila orang yang kita sayang dalam kesusahan tapi kita tak mampu untuk membantu? 

Yang mampu hanya sekadar memberi kata-kata perangsang agar dia lebih gagah untuk melangkah ke depan.

Sekadar meluahkan kata-kata memang senang bukan? kita tak dapat rasa betapa hebatnya beban yang dia pikul , kepayahan yang dia terpaksa lalui.

Air mata telah banyak mengalir di pipinya dalam menjalani setiap kepayahan yang sedang dia alami, namun aku hanya mampu berdoa agar semua ini berakhir, biar dia kembali senyum, biar sekarang dia masih mampu tersenyum tapi aku tahu dalam hatinya ada kekusutan yang buntu dengan jalan penyelesaian.

Aku tak mampu menghulurkan bantuan, kerana aku pun insan yang berdiri di atas kaki sendiri untuk terus melangkah andai susah aku tiada tempat untuk di tuju melainkan kawan-kawan yang terdekat.

Hidup ini terkadang amat sukar untuk di lalui, setiap peluang yang datang hargailah ia sebaik mungkin, kerana peluang yang baik bukan selalu datang menjengah.

Ok lah bye.....

1 comment:

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih