12 January 2014

Lama lama lamaaa

Assalamualaikum...

Dah bersawang lagi berhabuk blog ni. Dah lama kut tak membebel kat sini, sibuk kerja dan sibuk layan ahli keluarga plus dah takde idea nak update.

Dulu buat blog sebab aku suka blogwalking untuk isi masa lapang, bila tengok blog orang cecantik dan best rasa nak ada blog sendiri juga.hihi. Sekarang dah ada blog sendiri baru tak sampai 3 tahun rasanya blog ni dah mati akal nak update ape.

Ok ini ajalah bebelan ntah apa-ap dari dahku..... Bye!!

posted from Bloggeroid

01 December 2013

Tempat Baru dan Saya

Selamat Pagi!

Hari ni dah masuk hari ke 8 secara rasminya berkhidmat di tempat baru. Hari pertama datang ok la, apa yang aku lihat tak seperti yang aku bayangkan. Nasib baik apa yang aku bayangkan down the line kalau tak frust sia-sia, hahaha. Orang cakap jangan expect tinggi sangat and just go with the flow, so here i am redha dan terima seadanya dan juga bersedia untuk menabur bakti dengan penuh ikhlas, Insyaallah.

So far baru tahu kelas apa dan subjek apa yang akan di ajar, kelasnya lambat lagi nak start Insyaallah Januari 2014, dan apa yang best aku dapat students out of my normal type of students ni yang buat rasa menggigil sikit nak masuk kelas ni, however jangan tension-tension Insyaallah everything will run smoothly. So now kena buat preparation kaw-kaw lah, Alhamdulillah akak-akak senior sini ok-ok semua, sudi tolong dan beri tunjuk ajar. 

Setiap tempat baru yang aku datang ambiance dan environment nya memang berbeza, well lain padang lain belalang lah kan? tak pe slow-slow ambil masa untuk sesuaikan diri dan apa yang penting jangan sombong, berikan kerjasama yang sepatutnya dan open your eyes, open your mind and open your heart, setiap apa yang berlaku jangan pandang sudut negatif saje ok, semua benda ada pro and cons kan? so relax and take it easy.

Tapi apa yang pasti aku rasa sangat happy akhirnya selepas empat tahun mencari rezeki diperantauan, Allah kurniakan rezeki di tempat sendiri, dekat dengan keluarga dan semestinya negeri sendiri lebih menyenangkan dan menenangkan dari negeri orang, Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, rasa bahagia.

Harap-harap aku akan jadi lebih baik di tempat baru ni, dan semoga lepas meeting pembahagian tugas dengan big boss nanti aku akan diberikan tugas yang mampu aku galas, yang mampu aku laksanakan dengan segala kredibiliti dan ability yang ada. Rasa cuak but at the same time rasa excited.

Semoga segalanya berjalan lancar, dan semoga aku dilindungi Allah dari dijadikan buah mulut orang kat sini. Hehehe.

Ok, adios, Assalamualaikum.

09 November 2013

Kehidupan Baru

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu buat semua.

Hujung minggu ni adalah hujung minggu yang tak payah kerja dah.yay! Syok boleh rehat-rehat kat rumah. Cuti 4 hari sebelum bermulanya fasa baru dalam hidup bekerjaya. Tak sabar nak mulakan kerjaya baru tapi dalam masa yang sama rasa sangat takut sebab dengar macam-macam cerita dari kawan-kawan. Moga pengalaman yang bakal aku lalui nanti tak sama dengan kawan-kawan yang lain, Insyaallah. Lain padang lain belalang kan?

Tapi kerja baru ni belum apa-apa lagi dah kena kursus. Hmmmm a good start is it? Moga apa yang dibekalkan masa kursus nanti boleh bantu aku untuk mempersiapkan diri menghadapi kerjaya baru.




Nampak padat jadualnya. Pagi ke malam tu. Tapi biasalah aku yang penting makan..haha..tu yang gigih sampai highlight. Bukan apa aktiviti makan ni selalunya boleh meredakan ketegangan pada jadual yang padat tu kan?

Dapat kerja baru ni perasaannya berbaur ada gembira ada sedih, gembira sebab dapat balik negeri sendiri dan boleh berada dekat dengan ma ayah tapi yang tak bestnya berjauhan dengan kawan-kawan. Aku di Kuala Lumpur hampir empat tahun ramai kawan yang aku kenal, dan alhamdulillah kebanyakkan dari mereka adalah kawan yang menyeronokkan. Kawan-kawan yang banyak memberi dorongan dan bantuan. Dalam berkawan biasalah ada turun naik sebab kita manusia ada emosi tapi walauapapun silaturahim itu masih utuh. Rasa berat hati nak tinggal Kuala Lumpur sebab kawan-kawan.




Ada yang tanya tak sayang ke tinggal Kuala Lumpur? Orang lain semua nak datang sini aku tak sabar-sabar nak balik kampung. Well tak dapat dinafikan Kuala Lumpur ni centre untuk segala benda yang menyeronokkan, tapi dalam ma ayah meniti usia tua aku rasa keputusan untuk balik tempat sendiri adalah tepat. Adik beradik semua duduk jauh so bila aku dapat peluang ni rasa syukur sangat. Sekurang-kurangnya adalah sorang anak yang duduk dekat dengan mereka dan boleh tengok-tengokkan ma ayah kan.

Dalam meniti hari-hari akhir di Kuala Lumpur ni rasa seronok sangat. Kawan-kawan sudi luangkan masa untuk keluar sama-sama. Yelah nanti dah balik kampung tak tahu bila lagi akan datang sini balik. So alang-alang dah ada masa ni baik gunakan sebaik mungkin. Terima kasih untuk semua kawan-kawan dan tak lupa untuk former boss yang sudi buat farewell party untuk aku ni rasa dihargai, disayangi dan buat rasa sayu je nak berhenti.













Hanya Allah saja yang tahu betapa bahagia hati ni bila dapat jumpa kawan-kawan yang kita sayang. Semoga aku boleh lalui kerjaya baru dengan jayanya. Semoga setiap rintangan yang mendatang boleh dilalui dengan tenang, dan semoga kawan-kawan tempat baru baik-baik belaka dan takde yang kaki buli. Aminn.

Terima kasih ya Allah untuk segala ketentuanMu untuk aku :)

Ps: boring to the max, semua housemate takde dan tv antena cam haremmm!!

posted from Bloggeroid

26 October 2013

Why???

Owh stresss template blog tetibe tertukar sendiri and to make things worst tak boleh nak edit. Damn!!!

Sakit mata dan hati tengok blog sendiri. Haishhh apalah masalah kau wahai the only my beloved blog??

posted from Bloggeroid

25 October 2013

Aku dan Diet

Hola!! Selamat petang!

Penampilan fizikal kadang kala sangat penting untuk keyakinan diri, dan aku tahu bukan aku saja yang rasa benda ni betul kan? Setengah orang akan rasa sangat berkeyakinan bila dia selesa dengan penampilan fizikal mereka. Penampilan fizikal ni sebenarnya sesuatu yang subjektif dan sangat bergantung kepada persepsi masing-masing. Ada yang kata kurus kering tu cantik ada yang kata gemuk gedempol itu cute, tapi apa yang pasti semua orang nak kelihatan cantik.

Orang yang obses dengan kecantikan fizikal sanggup apa saja untuk kelihatan cantik walaupun kadang kala ia mendatangkan penderitaan. Alhamdulillah aku tidak tergolong dalam golongan extreme sebegitu, tapi bila tak macam tu pun masih akan memberi kesan negatif pada aku sebab apa sebab jenis tak kisah, badan dah naik pun tak ambil peduli.

Bukan tak sayang badan tapi entahlah. Aku dan diet tidak pernah bersama, seru namanya bila ada rasa bersalah tapi tidak pernah dan selalu ingkar dengan peraturannya, thats why aku tak pernah berjaya kalau datang bab kena kawal pemakanan ni, nafsu makan aku cukup mencabar untuk dikawal.

Bila ambil gambar usahkan kata nak upload dimana-mana sosial network, sendiri nak tengok pun rasa tak sudi. Bila tengok gambar gemuk rasa bersalah dan buruk tapi tak pernah ada inisiatif untuk ubah, so camano tuh?

Aku bab diet ni hangat-hangat taik kambing je selalunya, tak pernah ada iltizam yang kuat. Nak kurus tapi pemalas memang tak dapatlah kan, actually bukan nak kurus skinny macam model pun cuma nak maintain berat yang sebelumnya je. Tapi tulah susah sangat nak buat.

Entry nak kurus rasa dah banyak kali post kat blog tapi hasilnya nanhado!!





Macamana lah nak buat baru boleh disiplinkan diri??

posted from Bloggeroid